Salam

Saturday 7 May 2011

SELAMAT HARI IBU

Tidak terkira
Tidak ternilai
Tidak tertimbang
Tidak terhitung dek jari
Begitulah besarnya kasih ibu
Kasihnya sepanjang zaman
Pengorbanannya...
Tidak diminta balasan.
SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA YANG BERGELAR IBU DAN KHASNYA BUAT IBUKU SITI HAJAR BT ITAM YANG TELAH BERSUSAH PAYAH MEMBESARKAN KU.

PERKONGSIAN ILMU

DIPEROLEH DARI BLOG RESEPI NORAINI. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK.

MUFFIN YANG COMEL
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category: mufin dan kek cawan
Muffin atau kek-kek kecil memang menjadi kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa. Nak membuatnya tidaklah susah sangat cuma kita kena tahu kaedah yang sesuai. Kalau kita rajin meninjau di bakeri-bakeri, kita boleh lihat ada pelbagai jenis mufin dengan pelbagai perisa .Identiti mufin ialah puncaknya yang tinggi dan membulat. Kadangkala ada yang sampai merekah. Sebenarnya terdapat dua jenis mufin iaitu 1.Bread-like muffin dan 2. Cake-like muffin. Kedua-dua jenis mufin ini mempunyai kaedah membancuh yang berbeza.

Ciri-ciri bread-like muffin
Mufin jenis ini mengandungi kurang gula dan kurang lemak.Ini menyebabkan tekstur dalaman mufin lebih kering dan kasar. Lemak yang digunakan adalah dalam bentuk cecair seperti minyak atau mentega cair.Kaedah membuatnya adalah bahan-bahan cecair dimasukkan ke dalam bahan-bahan kering.Kemudian digaul rata perlahan-lahan.Jangan overmix kerana gluten dalam tepung akan terbina secara berlebihan dan menyebabkan mufin keras.

Ciri-ciri cake-like muffin
Mufin jenis ini mengandungi mentega dan gula yang lebih banyak.Mentega dan gula diputar hingga berkerim iaitu menggunakan kaedah creaming method, sama seperti membuat kek mentega. Kemudian barulah bahan-bahan lain dimasukkan satu persatu. Tekstur dalaman mufin jenis ini lebih lembut dan gebu seperti kek.

Tetapi anda jangan risau jika mufin anda tidak menjadi. Sekarang ada cara mudah membuat mufin yang enak. Baru-baru ini saya ada menbeli sepeket muffin mix dari kedai menjual bahan kek.Saya hanya ikut resipi yang diberikan pada peket muffin mix itu. Saya campurkan dengan telur, air dan minyak.Kemudian putar dengan hand-mixer selama 3 minit.Nah, ia siap untuk dibakar.Hasilnya, alhamdulillah.Ia naik dengan cantik dan sedap pula rasanya. Saya taburkan dengan cip coklat diatasnya sebelum dibakar. Bertambah bercoklat mufin ni jadinya. Satu peket 500 gm boleh dapat dalam 15 biji mufin bersaiz besar.Jika guna saiz kecil tentu dapat lebih banyak lagi.Anda tidak perlu campurkan serbuk penaik atau soda kerana ia telah dimasukkan dalam muffin mix ini.


Mufin menggunakan tepung Muffin Mix.

Comments (1)
Anika Jenis Kek Cawan
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category: mufin dan kek cawan





Anda boleh menghasilkan pelbagai jenis kek cawan mengikut kreativiti anda. Ada kek cawan yang ditaburkan cip coklat dan ada juga yang dihiasi dengan krim mentega dan sugarpaste/fondan. Pendekata, pelbagai jenis rupa , warna dan rasa kek cawan boleh anda hasilkan.


KEK CAWAN OREN
Bahan-bahan :
250 gm mentega
180 gm gula kastor
230 gm tepung kek
2 sudu teh serbuk penaik
4 biji telur A
1 sudu besar emulco oren
sedikit cip coklat, untuk hiasan
sedikit pewarna oren
30 gm air susu

Cara Membuatnya :
1. Putar mentega dan gula hingga berkerim.
2. Masukkan telur satu persatu diikuti emulco oren dan pewarna oren. Putar sebati.
3. Masukkan tepung dan serbuk penaik.Gaul sebati. Campurkan air susu.
4. Sudukan ke dalam cawan kertas dan taburkan cip coklat.

Comments (0)
Apa Itu Kek Cawan
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category: mufin dan kek cawan

Adunan dimasukkan guna beg piping


Kek cawan yang telah masak


Kek cawan yang telah dihias


Setelah kita mengenali mufin,kita tengok pula apa dia kek cawan. Secara ringkasnya, kek cawan adalah kek kecil yang diisi dalam cawan kertas dan dihias atasnya dengan pelbagai kerim untuk menambah keindahan penampilannya. Ini berbeza dengan mufin yang permukaannya membonjol bulat dan tidak berhias. Sebab mengapa ia tidak dihiasi dengan kerim ialah kerana permukaannya yang tidak rata menyukarkan ia dihias. Kek cawan boleh dibuat dengan menggunakan kek dasar seperti kek mentega atau kek span. Bagaimanapun, untuk rupabentuk yang lebih kukuh, lebih baik menggunakan kek mentega. Jika menggunakan kek span, ia akan nampak cekung di tengahnya kerana ia jenis kek yang lembut. Anda boleh mempelbagaikan perisa kek mentega tersebut seperti perisa vanila, oren, kopi, strawberi dan sebagainya mengikut citarasa anda.

Jika anda sudah pandai membuat kek mentega adalah tidak sukar untuk membuat kek cawan.Caranya sama dengan membuat kek mentega tetapi anda cuma perlu sediakan cawan kertas yang bersesuaian saiznya dan acuan tin mufin berlubang 8 atau 12. Setelah dibancuh, sudukan ke dalam cawan kertas atau isikan dalam beg piping dan picitkan ke dalam cawan kertas tersebut.Jangan disi terlalu penuh, cukup 3/4 penuh saja. Panaskan ketuhar ke suhu 180 darjah celcius selama 15 minit dan masukkan kek cawan anda. Masa membakar kek cawan adalah lebih kurang 20 minit. Untuk memastikan kek telah masak, cucukkan lidi ditengahnya. Jika sudah masak, keluarkan dan sejukkan. Pastikan kek telah sejuk, barulah dihias dengan krim yang anda sukai. Kek cawan tidak membonjol tinggi seperti mufin.Ia hanya naik sedikit di bahagian tengah dan akan surut apabila sejuk. Permukaan yang rata ini memudahkan kita menyapunya dengan krim mentega dan lain-lain.

Menghias kek cawan
Untuk menghias kek cawan kita boleh gunakan krim mentega, ganache coklat, royal aising, krim segar ataupun fondant mengikut kepandaian dan kebolehan anda. Jika ada tidak mahir menghias, buatlah yang ringkas-ringkas saja. Umpamanya menggunakan jem buah-buahan. Sapukan jem nipis di permukaan kek dan taburkan dengan manik-manik gula. Anda juga boleh gunakan krim mentega , sapukan di permukaannya dan taburkan kekacang, manik-manik gula dan sebagainya. Untuk menghias corak-corak tertentu, gunakan beg piping dan nozzle yang sesuai. Jika anda ada asas menghias kek, lagi mudah tugas anda untuk menghias. Anda boleh menghasilkan beranika macam rekaan yang cantik dan menarik. Hiasan kek cawan dari fondant lebih menarik dan ekslusif terutamanya untuk hantaran atau diberi sebagai hadiah kepada tetamu di majlis perkahwinan. Untuk membuat design sebegini, anda perlu ada asas menghias dengan fondant.

Kek cawan menjadi pilihan untuk dihidangkan di majlis harijadi, majlis korporat,pertunangan dan perkahwinan kerana lebih fleksibel dan mudah dibahagikan. Tidak perlu memotong kek yang besar dan menyediakan piring-piring yang banyak untuk menghidang. Ia boleh disusun di atas bekas bertingkat atau dihidangkan dalam pinggan yang besar. Untuk dijadikan cenderahati kepada tetamu, boleh masukkan kek cawan itu dalam bekas-bekas plastik yang kecil dan penutupnya membonjol bulat supaya tidak merosakkan hiasan atas kek cawan itu. Bekas ini boleh dibeli di kedai-kedai bahan kek atau kedai-kedai bahan plastik. Pendekata, kek cawan menjadi trend masakini kerana keunikan hiasannya dan penggunaannya yang mudah.
Comments (2)
Apa Itu Mufin?
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category: mufin dan kek cawan



Mufin coklat yang diisi dalam cawan kertas tinggi
Secara umumnya memang mufin dan kek cawan nampak seakan-akan sama kerana diisi dalam cawan-cawan kertas yang kecil . Kerana saiznya yang kecil, ia begitu comel jika dihidangkan di dalam pinggan apatah lagi jika dihiasi dengan pelbagai aising yang memikat selera. Mufin diklasifikasikan sebagai quick bread -quickly made and quickly eaten. Ia selalu dihidangkan untuk sarapan pagi atau untuk minum petang. Membuat mufin adalah ringkas sekali, cuma ikuti dua kaedah membuatnya iaitu kaedah mufin (muffin method) dan kaedah kek (cake-like method) .Manakala kek cawan pula adalah kek-kek kecil yang diperbuat dari adunan kek mentega, kek span atau lain-lain kek yang bersesuaian. Ini bermakna untuk membuat kek cawan, boleh menggunakan pelbagai jenis adunan kek.Tetapi kebiasaannya, kek cawan diperbuat dari adunan kek mentega seperti kek vanila, kek oren dan sebagainya. Perbezaan yang nyata antara mufin dan kek cawan ialah dari segi rupabentuknya. Mufin sering menggunakan acuan lebih tinggi dan puncaknya bulat dan menonjol dan kadangkala merekah di permukaannya. Itu sebabnya mufin tidak dihias di bahagian atasnya .Manakala kek cawan lebih rata permukaannya dan memudahkan ia dihiasi dengan pelbagai aising.

Mufin biasanya dibakar dalam tin mufin yang berlubang lapan atau 12. Anda boleh membeli tin ini di kedai-kedai bahan kek. Anda boleh menuangkan terus adunan mufin dalam tin mufin tetapi acuan hendaklah digriskan dahulu agar mudah dikeluarkan. Tetapi untuk nampak lebih cantik, gunakan cawan kertas samada yang kecil atau yang besar. Jika anda memilih cawan kertas tebal yang tinggi, anda tidak perlu menggunakan tin mufin.Susunkan ia terus atas dulang pembakar yang bersesuaian.

Jenis-Jenis Mufin
Terdapat dua jenis mufin iaitu mufin seakan roti (bread-like mufin) dan mufin seakan kek (cake-like muffin). Kedua-duanya mempunyai kaedah membancuh yang berlainan. Bagi mufin seakan roti, kandungan lemak dan gulanya adalah kurang dan isi dalamnya agak padat dan kasar seperti roti. Lemak yang digunakan adalah dalam bentuk cecair seperti minyak masak, minyak jagung ataupun mentega cair. Mufin ini rasanya kurang manis,tidak berminyak dan cepat keras jika disimpan lebih satu hari. Oleh itu mufin jenis ini enak dimakan semasa masih hangat dan tidak tahan disimpan lama.

Mufin yang mempunyai kandungan gula dan mentega yang tinggi lebih menyerupai kek mentega. Gula dan mentega diputar hingga kembang dan berkerim, kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain. Tekstur kek lebih lembut dan halus seperti kek mentega . Tidak hairanlah jika di kedai bakeri dan hotel-hotel, mereka lebih gemar menjual mufin jenis kek berbanding mufin seakan roti.

Kaedah Membancuh Mufin
Disebabkan terdapat 2 jenis mufin maka terdapat pula dua kaedah membancuhnya. Kedah membancuh yang betul dapat menghasilkan mufin yang lembut, puncak yang bulat dan cantik bentuknya.
1. Membancuh Kaedah Mufin (Muffin Method)
Kaedah ini digunakan untuk membancuh mufin seakan roti (bread-like muffin).Hanya sediakan dua mangkuk. Satu mangkuk untuk mencampurkan bahan-bahan kering dan satu mangkuk lagi untuk bahan-bahan basah. Untuk hasil yang lebih baik, bahan-bahan basah dituangkan dalam bahan kering dan gaul dengan sudu atau garfu perlahan-lahan hingga setakad basah saja.Adunan masih kelihatan berketul. Jangan digaul dengan kasar atau lama kerana glutin dalam tepung akan terbentuk dan menyebabkan mufin liat dan keras. Adunan mufin ini adalah pekat.

2. Membancuh Kaedah Kek (Cake-like Method)
Kaedah ini digunakan untuk membancuh mufin seakan kek. Ia mempunyai kaedah yang sama seperti membuat kek mentega dimana mentega dan gula diputar hingga kembang dan berkerim. Kandungan gula dan mentega yang tinggi dalam mufin jenis ini menjadikan ia lembut, gebu dan isi dalam lebih halus berbanding mufin seakan roti. Selepas mentega dan gula dikrimkan,masukkan telur, tepung dan susu. Dalam mufin jenis ini penggunaan air susu lebih banyak berbanding kek mentega biasa. Adunan yang telah dibancuh hendaklah licin dan lembut.

Cara Penyimpanan

Untuk mufin seakan roti, ia hendaklah dimakan segera kerana jika disimpan lama ia jadi keras dan sudah tidak enak dimakan. Mufin seakan kek lebih tahan lama sehingga 2-3 hari jika disimpan dalam bekas kedap udara atau dibungkus dalam plastik.
Comments (2)
Mufin Koko Cheese
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category: mufin dan kek cawan

Sejak kebelakangan ini saya sebuklah sikit jadi tak sempatlah nak posting artikel baru atau cuba resipi baru.Kesian pula pada pengunjung, asyik tengok benda yang sama aje. Jadi sayapun ronda-rondalah website yang lain dan terpikat dengan dua resipi ni iaitu Kuih Bakar Kak Saba dan Mufin Koko Cheese. Resipi ini saya petik dari http://www.resipi.net/ .Kuih Bakar saya selalu panggil bingka atau orang Perak panggil bengkang. Saya selalu juga buat kuih bakar ni, sedap untuk minum petang. Resipinya pula ringkas dan senang membuatnya. Jadi anda bolehlah cuba resipi-resipi ini siap dengan gambar sekali. Jangan pulak ada yang hantar mesej, marah-marah kenapa masukkan resipi orang lain dalam blog sendiri. Be open minded, blog adalah satu medium yang anda boleh masukkan apa saja , samada resipi / artikel/gambar milik sendiri atau dipetik dari sumber-sumber yang lain asalkan bagi kredit pada tuanpunya asal. Sebab dalam internet tak ada copyright.Semua orang boleh copy and paste .Jangan pulak resipi/artikel orang lain mengaku sendiri punya.Itu yang salah. Jadi apa saja resipi atau artikel yang terdapat dalam blog ini adalah koleksi saya dan dikongsikan bersama anda semua.


KOKO CHEESE MUFFIN
Sumber : Ringo – http://myresipi.com/resipi.net

Bahan-bahan :( 10 biji )

140 gm choco chip
100 gm cream cheese
80 gm butter
2 biji telur size B
60 gm gula
100 gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik

Cara-cara membuatnya :
1. Panaskan oven ke 180 darjah celcius.
2. Potong dadu 1cm cream cheese dan butter. Cairkan bersama choco chip dengan kaedah double-boiled. Bila dah cair, angkat dari api, masukkan telur dan kacau dengan whisk. (cream cheese tinggal ketul2 kecil putih pun tak apa)
3. Tambah gula dan kacau lagi.
4. Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan dan kacau dengan spatula.
5. Masukkan kedalam bekas muffin 70% penuh dan bakar selama 20 minit.


Comments (1)
Membuat Kek Cawan
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category: mufin dan kek cawan




>>Bermacam design boleh dihasilkan
Semalam Kak Ani buatkan 100 biji kek cawan untuk seorang kawan. Biasanya memang Kak Ani tak ambil order tetapi kesian pulak dengan kawan tu, maka dibuatkanlah jugak. Beliau membuat majlis harijadi untuk anaknya, maka kek cawan tu nak diberikan pada kanak-kanak yang datang.Tak payahlah nak potong-potong kek lagi. Seronok juga buat kek cawan ni ya.macam-macam design boleh buat bergantung kepada kreativiti masing-masing.
Comments (1)
Mufin Epal Kayumanis
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category: mufin dan kek cawan


Semalam saja akak cuba resipi Mufin Epal Kayumanis.Ada dua biji epal merah yang tak dimakan jadi akak cubalah mufin ini yang menggunakan muffin-method. Rasanya ok tapi teksturnya agak kasar dan kenyal sikit seperti roti. Ini adalah ciri-ciri yang biasa bagi mufin yang gunakan muffin-method kerana ia lebih bread-like tidak seperti mufin yang menggunakan cake-like method. Resipi ini boleh mendapat 12 biji mufin bersaiz sederhana.

Bahan-bahan :
200 gm tepung gandum
150 gm gula kastor
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
80 gm minyak masak
1 biji telur A
100 ml susu segar/uht
2 biji epal merah,buang kulit dan potong dadu
12 keping cawan kertas

Cara Membuatnya :
1. Panaskan ketuhar kepada 200 darjah celcius selama 15 minit.
2. Satukan minyak, susu, gula, garam dan telur.Kacau dengan pemukul telur hingga gula larut.
3. Tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk kayu manis di ayak ke dalam sebuah mangkuk adunan. Masukkan epal cincang dan gaul rata.
4. Tuangkan adunan (2) ke dalam tepung dan kacau hingga basah.Jangan overmix.
5. Susun cawan kertas dalam tin mufin berlubang 12.
6. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas sehingga hampir penuh.
7. Bakar selama 25 hingga masak.

Tips:
Mufin dibakar dalam suhu tinggi supaya boleh membentuk puncak tinggi (high doom).Adunan jangan dikacau lama (overmix) supaya gluten dalam tepung tidak terbentuk yang menyebabkan kek keras.Ia masih kelihatan berketul.
Comments (2)
Muffin Blueberi
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category: mufin dan kek cawan

Muffin Blueberi ini pula adalah yang menggunakan kaedah Cake-Like Method. Teksturnya lembut seperti kek biasa. Perbezaannya dengan kek mentega biasa ialah kurang menggunakan mentega dan banyak menggunakan cecair iaitu susu. Resipi ini dipetik dari http://www.allrecipes.com/ tetapi ada sedikit ubahsuai dari resipi asal.

Bahan-bahan :
125 gm mentega
150 gm gula halus
2 biji telur
250 gm tepung kek/tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
70 gm susu segar/uht
1/2 cawan inti blueberi
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya :
1. Pukul mentega dan gula hingga putih dan gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati.Masuk esen vanila.
3. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam,masukkan ke dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu sambil digaul rata.
4. Sudukan dalam cawan kertas. Isikan 1/2 cawan saja.Letakkan inti blueberi atasnya.
5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25 minit hingga masak.
Comments (0)
Perfect Banana Muffin
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category: mufin dan kek cawan

Setelah memahami apa dia muffin dan dua kaedah membuatnya iaitu Muffin Method dan Cake-Like Method, saya sertakan pula resipi Perfect Banana Muffin yang dipetik dari http://www.preparedpantry.com/ . Mereka telahpun menguji resipi ini dan anda bolehlah mencubanya.Bahan-bahannyapun mudah didapati. Kaedah yang digunakan untuk resipi ini ialah Muffin Method. Anda boleh dapat banyak lagi resipi mufin di dalam laman-laman web yang lain.

The keys for success with this recipe are:
Use the ripest bananas that you can find. Ripe bananas have much more flavor.
Adjust the flour if you have to. Because bananas differ in their moistness as they ripen, you may have to add a couple tablespoons of flour. The batter should be half way between cake batter and cookie dough for drop cookies. It should be stiff enough that it can mound in your scoop.
Fill the muffin tins almost to the top. It takes a lot of batter to build a dome. If you fill the tins only 2/3’s full, you’ll have batter left over and smaller muffins. This recipe is designed for 12 standard muffins.
Start out with a hot oven. Preheat the oven to 400 degrees and then reduce the temperature as directed. The initial hot oven creates a burst of steam that helps lift the muffins.
Check the cooking time. Because you turn the temperature down, times are only an estimate and reflect the time required in our oven. Other ovens may retain heat as ours does.

The Perfect Banana Muffin Recipe
Ingredients :
2 1/4 cups all-purpose flour
1 tablespoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
2 1/4 cups ripe mashed banana
1/2 cup granulated sugar
1/2 cup sour cream /yogurt plain
1/4 cup vegetable oil
3 large egg yolks
1 teaspoon vanilla extract
1 cup pecan or walnut pieces
Methods:
1. Preheat the oven to 400 degrees (200 degrees celcius)
2. Mix the flour, baking powder, baking soda, and salt together in a large bowl.
3. In another bowl, mix the mashed banana, sugar, sour cream, vegetable oil, egg yolks, and vanilla together.
4. Add wet ingredients to the dry and stir just until the ingredients are mixed well. Fold in the nuts.
5. Fill the well-greased tins nearly full. Use all the batter for twelve standard muffins. Sprinkle on the optional streusel topping.
6.Bake for 8 minutes at 400 degrees. Reduce the temperature to 350 degrees and bake for another 8 to 10 minutes or until done. Let sit for five minutes and remove the muffins from the pan to a rack to cool.
Streusel Topping (optional)
1/3 cup walnut or pecan pieces
1/3 cup brown sugar
2 tablespoons all-purpose flour
1/2 teaspoon cinnamon
2 tablespoons butter, melted
To make the streusel topping, combine all the ingredients and stir until well combined and crumbly. Sprinkle over the muffins before baking.
Comments (0)
Menghias Kek Cawan
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category: mufin dan kek cawan




Gambar : NCC Indonesia

Kak Ani memang teruja bila tengok design pada kek cawan yang bermacam-macam jenis. Bila buka blog kawan-kawan,mereka begitu kreatif menghasilkan design yang cantik-cantik belaka. Tentu kanak-kanak paling seronok apabila dihadiahkan dengan kek cawan yang menarik ini. Apapun, membuat kek cawan atau mufin paling mudah kerana tidak perlu memotong kek yang besar. Ia khas untuk setiap individu. Untuk menghias kek cawan pula, kita boleh gunakan aising krim mentega, coklat ganache, krim putar , fondant dan lain-lain. Terpulang kepada kreativiti anda untuk menghasilkan rekaan atau design yang dikehendaki.
Comments (1)
Kek Cawan Coklat Pekat
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category: mufin dan kek cawan

Sumber : internet

Bahan-bahan :
200 gm coklat masakan
340 gm mentega
445 gm gula kastor
8 biji telur
180 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
7 gm serbuk penaik
1/4 sudu teh garam

Cara Membuatnya :
1. Cincang coklat kecil-kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama mentega.Panaskan secara double-boiler hingga semuanya cair.
2. Angkat dari api dan masukkan gula. Kacau sebati dan biarkan sejuk selama 15 minit.
3. Putar campuran coklat tadi dengan mixer kelajuan sederhana selama 3 minit.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi.
5. Ayak tepung, serbuk koko,serbuk penaik dan garam. Masukkan sedikit-sedikit ke dalam adunan tadi dan kacau hingga rata.
6. Sudukan ke dalam cawan kertas sehingga 2/3 penuh. Bakar 25 minit hingga masak.

Nota : Resipi ini boleh mendapat 25 biji kek.
Comments (2)
Mufin Pisang Cip Coklat
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category: mufin dan kek cawan

Sumber : Allrecipes.com
Gambar: Resipi.net

Bahan-bahan :
1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda
1 biji telur
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan yogurt perisa asli
1 cawan pisang, dilecek
3/4 cawan cip coklat
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya :
1. Dalam sebuah mangkuk adunan, satukan tepung gandum, gula, serbuk penaik dan soda.
2. Dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak, yogurt dan esen vanila. Gaul rata.
3. Tuangkan adunan cecair (2) ke dalam adunan (1). Gaul dengan senduk hingga rata.Jangan overmix.
4. Masukkan pisang dan cip coklat. Gaul lagi sebentar saja.
5. Sediakan tin muffin.Susun mangkuk kertas dalamnya.
6. Sudukan 2/3 penuh. Bakar 25 minit hingga masak. Uji dengan lidi jika sudah masak.
Comments (0)
Mufin Pisang
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category: mufin dan kek cawan

Bahan-bahan :
(A)
4 biji telur
120 gm gula kastor
10 gm ovalette
(B)
150 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
180 gm pisang emas atau berangan, dilecek hancur
2 sudu teh esen pisang
135 gm minyak masak
sedikit garam

Cara Membuatnya :
1. Satukan bahan A dan pukul pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan gebu.
2. Masukkan pisang lecek, garam dan esen pisang.Gaul dengan senduk hingga sebati.
3. Ayak tepung gandum,serbuk penaik dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit dalam adunan diatas dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan minyak sedikit-sedikit dan gaul rata. Sediakan cawan mufin.
5. Isikan adunan 3/4 penuh. Bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 25 minit hingga masak.
Comments (1)
Kek Cawan Coklat Kukus
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category: mufin dan kek cawan


Bahan-bahan :
(A)
150 gm minyak masak/jagung
180 gm susu cair
200 gm gula kastor
220 gm susu krimer manis
1 sudu teh emulco coklat

(B)
50 gm serbuk koko
90 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik
(C)
3 biji telur, dipukul dengan garfu hingga sebati

Cara Membuatnya :
1. Satukan bahan-bahan A dalam sebuah periuk. Kacau atas api perlahan hingga gula hancur. Jangan sampai mendidih.Angkat dari api dan biarkan suam.
2. Masukkan telur yang telah dipukul tadi dan kacau rata.
3. Ayakkan bahan B dan masukkan ke dalam adunan A. Pukul dengan hand-mixer hingga adunan menjadi licin.
4. Rehatkan adunan 20 minit. Tuangkan ke dalam cawan-cawan kecil atau bekas aluminium dan kukus selama 20 minit hingga masak.
Comments (4)
Shooting untuk Majalah Keluarga
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category: mufin dan kek cawan
Semalam akak ada shooting dengan Majalah Keluarga. Akak buat 5 resipi kek untuk kanak-kanak. Resipinya Mufin Cip Coklat,Kek Mentega Belang, Kek Jejari Coklat, Kek Coklat Ganache dan Kek Badut. Nak tunggu bulan April baru keluar majalah,lama lagi. Jadi akak keluarkanlah dulu gambarnya dalam blog akak.Tapi gambar akak taklah secantik gambar dia orang .

Mufin Cip Coklat

Bahan-bahan :

200 gm mentega
200 gm gula kastor
250 gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
40 gm serbuk koko
100 gm susu segar
4 biji telur
150 gm cip coklat
sedikit emulco coklat
sedikit garam

Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega, gula , emulco coklat dan garam hingga gebu dan putih.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati.
3. Ayak tepung,serbuk penaik dan serbuk koko.
4. Masukkan ke dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu.Gaul sebati adunan tersebut.
5. Ambil 1/2 cip coklat dan masukkan dalam adunan.Gaul rata.
6. Susun cawan kertas dalam tin mufin. Sudukan adunan dan isikan 3/4 penuh.
7. Taburkan lebihan cip coklat atasnya.
8. Bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 25 minit hingga masak.

Nota : Boleh juga gunakan cawan mufin yang tinggi. Jika buat cupcake, boleh hiaskan atasnya mengikut kreativiti anda.
Comments (0)
Menghias Kek Cawan
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category: mufin dan kek cawan



>>> Gambar atas menunjukkan kek yang belum berhias dan gambar berikutnya menunjukkan kek cawan yang telah dihias.

Kek cawan boleh dihias dengan pelbagai cara dan pelbagai aising. Cara menghias yang mudah adalah dengan menggunakan jem atau mentega kacang bercoklat . Anda hanya perlu sapukan jem atau mentega kacang dan taburkan manik-manik gula, beberas coklat, kekacang dan lain-lain. Untuk menampakkan ia lebih menarik, anda boleh gunakan aising krim mentega atau aising coklat. Jika untuk makan sendiri,hiasannya adalah ringkas tetapi jika untuk jualan, perlulah cantik dan menarik.
Comments (0)
Kek Cawan Bersusu
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category: mufin dan kek cawan
Bahan-bahan :

250 gm mentega, dilembutkan
250 gm gula kastor
3 biji telur A
330 gm tepung kek
1 sudu besar serbuk penaik
150 ml susu segar/uht
sedikit garam
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya :

1. Sediakan tin pembakar mufin.Lapikkan cawan kertas.
2. Pukul mentega, gula, garam dan esen vanila hingga gebu dan putih.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan air susu.Gaul sebati.
5. Sudukan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20 minit hingga masak pada suhu 190 darjah celcius.
6. Setelah kek sejuk,bolehlah dihias dengan aising.