Salam

Wednesday 13 December 2017

Aku Redha....

Keadaan tubuh badan suamiku yang semakin susut pada pertengahan tahun 2016 menjadi tanda tanyaku. Apakah mungkin penyakit kencing manisnya ..namun bukan itu sebabnya. Di awal bulan November 2016, kami dikejutkan dengan perkhabaran buruk. Rupa-rupanya suamiku menghidap barah usus. AllahuAkbar.. Tiada siapa yang menjangkakannya. Duniaku berubah sama sekali namun aku redha dan menerima ujian ini.. semoga Allah memberi kesembuhan dan menguatkan semangat suamiku dan seluruh ahli keluargaku. Bermulalah pemeriksaan dan rawatan demi rawatan.. pembedahan telah dijalankan pada 14 November mengambil masa 8 jam. Bahagian usus yang diserang kanser dipotong dan dibuang,, selepas seminggu, berlaku kebocoran pada usus dan pembedahan kali ke 2 dijalankan selama 6 jam... Post yang masih draft ini kubuka kembali..... dan pada hari ini aku tak sanggup utk menyambungnya kerana... Pada tanggal 16 Mei 2017 adalah hari guru. Sebagai guru aku sdh tentu merasakan tarikh keramat itu memberi seribu pengertian sebagai guru namun pada pagi itu aku kehilangan suamiku... Allah telah menjemputnya kembali. Aku redha Ya Allah kerana setelah 30 tahun usia perkahwinan kami, Engkau telah mengambil hakMu kembali. Tapi izinkan aku Ya Allah, untuk menitiskan airmata kerana hatiku sebak menahan sayu dan hingga kini aku sangat merinduinya... Ya Allah yang Maha Mengampuni dan mengasihi , Ampunilah segala dosa suamiku, rahmatilah dia dan tempatkanlah di kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.

Wednesday 16 July 2014

2014

Telah 2 tahun berlalu... Kini pintu hatiku diketuk kembali.. Akan kubuka pintu hatiku untuk bercerita sepanjang 2 tahun tertutup. Kisah perkahwinan anak sulungku.. Kisah kembalinya bonda tercintaku kerahmatullah....Al Fatihah.. Kisah perkahwinan adikku... Kisahku menimang cucu.. dan kehidupan yang ku lalui kini...

Friday 30 November 2012

KESAYANGANKU


Alhamdulillah.Tahun 2012 masih lagi menjanjikan kita sekeluarga berkumpul bersama. Semoga kasih sayang terus mekar di hati biarpun jarak dan masa memisahkan kita. 
Posted by Picasa

Sunday 13 May 2012

Bukan selalu pintu hatiku diketuk... tapi untuk hari ini aku ingin mengucapkan...

Friday 25 November 2011

Kembali...

Berbulan-bulan pintu hatiku tertutup untuk menulis. Alhamdulillah blogku masih ada. Begitu banyak peristiwa yang berlalu...sejak dari anak ke duaku tamat latihan tudm, anak sulungku tamat pengajian ijazahnya, anak ke tigaku melanjutkan pelajaran ke politeknik, anak bongsuku menduduki peperiksaan UPSR dan ibuku diserang sakit jantung hingga lebih sebulan dimasukkan ke wad dan hingga kini belum sembuh sepenuhnya.

Banyak yang telah ku lalui... sesungguhnya setiap ujian dan cubaan itu ada hikmahnya !

Tuesday 7 June 2011

NAK CUBA?

Resepi ni Kak Rose perolehi dari blog inahar.. terasa nak cuba sebab nampak pun dah sedap apatah lagi kalau dah makan..Mari kita cuba!


RESIPI BLUEBERRY CREAMCHEESE BUTTERCAKE

Bahan-Bahan

* 1 1/2 cawan gula halus
* 1 sudu teh esen vanilla
* 150gm buah blueberry (saya guna blueberry filling)
* 2 1/4 cawan tepung naik sendiri
* 250gm butter
* 250gm cream cheese
* 1/3 cawan susu segar
* 3 biji telur

Cara-Cara

1. Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang. (kita guna loyang bulat 9")
2. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
4. Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
5. Letakkan buah blueberry/ blueberry filling secara dot dot....sesudu sesudu.
6. Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
7. Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.

Saturday 7 May 2011

SELAMAT HARI IBU

Tidak terkira
Tidak ternilai
Tidak tertimbang
Tidak terhitung dek jari
Begitulah besarnya kasih ibu
Kasihnya sepanjang zaman
Pengorbanannya...
Tidak diminta balasan.
SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA YANG BERGELAR IBU DAN KHASNYA BUAT IBUKU SITI HAJAR BT ITAM YANG TELAH BERSUSAH PAYAH MEMBESARKAN KU.