Salam

Wednesday 29 December 2010

Saman Oh Saman !!!!

 

Banyaknya...... Itulah dah pesan banyak kali.. jangan pandu laju-laju! Kan dah kena saman! Nasib baik boleh diskaun, kalau tidak.. bangkrap!

Buai laju-laju,
Main dalam taman,
Pandu laju-laju,
Kena bayar saman.

Jadi.. lain kali kenalah beringat-ingat!
Posted by Picasa

Friday 17 December 2010

Terima kasih, Cik gu

Tadaaa...


Inilah KEK LAPIS PANDAN yang sempat Kak Rose siapkan. Anak Kak Rose nak beri kepada gurunya tanda terima kasih kerana bersusah payah adakan kelas tambahan sempena peperiksaan SPM yang dah hampir selesai. Doakan kejayaan anak Kak Rose ye! Emm..nak resepi? Kalau ada yang komen nak, bolehlah Kak Rose tulis nanti sebab rasanya resepi ni pun dah banyak di internet tapi yang Kak Rose buat ni, dari tempat belajar Kak Rose sendiri.

Wednesday 15 December 2010

Petua

Hari ini Kak Rose nak kongsi satu petua yang menarik. Petua ni bukan dari Kak Rose, tapi daripada sebuah buku yang pernah Kak Rose baca tak lama dulu.Petua mencuci pakaian yang kotor :
1. Kalau pakaian yang kotor terkena dakwat maka dicuci dengan cuka atau air asam limau.
2. Jika terkena minyak tanah pula, kain itu diwap dahulu sebelum dicuci.
3. Terkena minyak pula, disapukan bedak dan biarkan bedak itu di situ selama beberapa
minit kemudian baru basuh.
4. Jika terkena darah, dibilas dahulu dengan air suam sebelum dibasuh.
5. Tapi jangan lupa ! Akhirnya basuhlah juga dengan sabun yang dibeli tu..

SELAMAT MENCUBA!

Tuesday 14 December 2010

Ubahsuai blog

Malam ini, Kak Rose luangkan masa mengadap blog yang telah berbulan sepi. Kak Rose ubahsuai apa yang patut. Sebenarnya Kak Rose masih lagi terumbang-ambing dengan blog ini tapi kerana minatnya dengan blog-blog rakan masakan, Kak Rose cuba juga...

Monday 6 September 2010

Ramadhan dan Aidilfitri

Ramadhan bakal berlalu... Bersamalah kita muhasabah diri , apakah di bulan Ramadhan tahun ini, kita telah memberikan yang terbaik? Apakah mungkin kita masih berpeluang menyambut kehadiran Ramadhan di tahun hadapan?

Aidilfitri bakal menjelang... Selamat Hari Raya Kak Rose ucapkan. Di samping menyambutnya, bersyukurlah selalu dengan segala nikmatNya yang tidak terhingga.

Sunday 6 June 2010

KURSUS INDUKSI SSM 2010

Baru-baru ini 13 Mei 2010 hingga 27 Mei 2010 , KakRose telah menghadiri Kursus Induksi di Emerald Hotel, Sungai Petani. Alahai, dengan keadaan umur Kak Rose yang sudah ehem ehem ni, Kak Rose rasa letih sangat dengar ceramah, buat asignment dan menduduki peperiksaan. Doakanlah Kak Rose lulus ye!

Thursday 15 April 2010

Melayari Resepi

Kak Rose ni sangat suka mengumpul buku-buku masakan. Sanggup berhabis duit membeli buku yang diminati. Sekarang Kak Rose dah belajar simpan blog-blog resepi dan Kak Rose akan mencubanya. Emmm......sedap-sedapnya.

Tuesday 13 April 2010

Cabaran Kuruskan Badan

Kak Rose dapati sekarang berlumba-lumba manusia mencari produk menguruskan badan. Ada yang berjaya dan ramai juga yang kecewa.... dan Kak Rose salah seorang yang masih mencuba. Dalam blog Kak Rose ini ada kak Rose selitkan slogan "Jom, kuruskan badan". Bacalah dan berilah komen anda. Kalau nak cuba nanti, boleh hubungi Kak Rose.

Sunday 11 April 2010

Mencipta isi blog

Kak Rose masih tercari-cari bagaimana nak menjadikan blog ini seindah dan berkualiti seperti blog orang lain...... tak pandainya!

Thursday 4 March 2010

AL FATIHAH BUAT CIK KHATY



Kepulangan yang tak disangka. Cik Khatijah Zainuddin meninggal semalam 4 Mac 2010. Al Fatihah buat beliau .....